Bila kita dengar bicara hidup,mesti,harus dan pasti akan terselit tentang kenangan.Ya,kenangan.Baru-baru ni berbicara dengan seorang kawan tentang kenangan dan tentang bila kita pilih untuk pejam mata tentang hari ini.Masih pandang belakang dan melihat semalam kerana hari ini tak seperti semalam.*konon macam semalam tu indah sangat la~
Bicara tentang kita kecil-kecil dulu,menapak di tangga besar sekolah dari kantin ke kelas.Perhimpunan dalam dewan.Aktiviti mengelat paling best mase jadi briged denggi di sekolah.Dengan kedai buku sempit celah bedah diantara laluan kelas dan saat kami merenung langit yang sama.Ya,merenung langit dan masa tu awan paling favourite adalah kumulonimbus,sebab redup,gebu dan gempal.Comel,kan?
Bila meningkat remaja,bicara banyak tertumpu padi cerita cinta pertama dan cerita cinta monyet ala ungka.Kalau kata mat salleh,puppy love.Pending juga,apa pulak monyet convert jadi puppy.Hahaha.Munasabah betul. *geleng2 sendiri
Tetapi,dalam perjalanan meningkat dewasa,sikit demi sedikit,disuntik dengan konflik.Realitinya tak seindah harapan yang kita conteng atas kertas dengan warna-warna pelangi.Kadang ada duri atas jalan,kadang ada semak depan mata,kadang pulak ada bencana alam.
Ya,masa fasa meningkat dewasa,ada sesetengah dari kita memilih membekukan diri jadi batu.Alah,macam cerita Avatar (The Last Airbender) yang si watak utama nama Aang dibekukan dlm air batu.Kalau realitinya,boleh,mesti dah lama bekukan babak paling indah dlm hidup jadi bebola salji.Tapi sebab benda tu mustahil,masa berjalan dengan pantas meninggalkan kita di belakang.
Seronok beronok-ronok bila kita menasihatkan orang suruh bergerak walhal kita sedang hibernasi kat sini tak mahu berganjak.Sakan sungguh.*kot ye pun da macam paus terdampar :P
Sebenarnya saat suruh si kawan ni bergerak sebab rasa kesian dekat dia,kesian kat diri sendiri juga,sebab kita pernah duduk kat situ.Sakit,tipu tahap paria la kalau kata 'tak!'.Ni bukan hindustan.Ni namanya hidup.Kita duk pegang kenangan sedangkan watak penting yang bersama kita dalam kenangan tu dah bergerak. *sudah,cukup-cukup sudah..
Memang sah lagi sahih la apa yang kita cakap tu melantun lagi melompat-lompat kena atas hidung sendiri balik.Lagi-lagi lepas kita sedar dari hibernasi,kita terus lari macam orang gila tak betul stesen sebab punya tak hendak hadap realiti.Masa tu memang minta sangat petunjuk jalan pada Dia,tapi bila ditunjuk,kita nafi,kita lari.Lepas tu minta lagi,Dia tunjuk lagi.Ada la kot lebih beribu kali.Akhirnya dalam tak sedar kita lihat diri kita dalam mimpi dan jaga yang kita memang kena gerak.*bebal juga sampai tahap mcam tu baru nak faham,hahahaha.
"All the art of living lies in a fine mingling of letting go, and holding on"
p/s : Allah lebih tahu,belajar terima,belajar redha dan bukan cuma pasrah nanti parah.
No comments:
Post a Comment